Monday, January 17, 2011

18 Januari 2010...(2)

Hati ingin berbicara..
hatiku sering bertanya..
di mana hujung jalan derita..
bukannya dibibir tanpa sebarang kata...
Sejauh mana kau pergi seribu langkah ku mengejarmu...
seluruh pelusuk kan ku cari...

Ya Allah Ya Tuhanku aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana telah memberi kekuatan dan ketabahan hati padaku ini. Aku seperti tidak lagi mempunyai perasaan marah. malah aku lebih tenang berbanding masa lalu jika berhadapan dengan masalah. emm... cumanya Ya Allah hanya engkau mengetahui apa yang tersirat di lubuk hatiku ini. Dan tidak terjejas walau sedikit pun rasa cinta dan sayangku padanya malah semakin bertambah. semuanya kerana pertolonganMu Ya Allah.. Andainya aku membuat silap kau sedarkanlah diriku ini. Tapi jika aku benar, kau teguhkanlah hatiku dan tetapkanlah cintaku ini tanpa ada sebarang keraguan dan dugaan Ya Allah..
Berikanlah petunjukMU walau berpuluh kali pun padaku dan padanya Ya Allah.. semua yang bernama makhlukmu tentu saja pernah melakukan kesalahan samada disedari atau tidak sahaja. Hanya keegoan dan hasutan alam sekeliling yang mungkin akan membuatkan perkara tersebut tidak disedari. Bantulah hambaMU ini YA ALLAH........... amin ya rabbalalamiiinnnnn.....

No comments:

Post a Comment