Thursday, January 13, 2011

13 januari 2011

Hari pertama di dunia baru. Aku bersyukur pada-Mu Ya ALLAH kerana telah membantu menyelesaikan masalah dan jalan buntu yang aku telah lalui. Hampir 10thn lamanya. Walaupun kesan daripadanya aku telah kehilangan seorang insan yang paling aku sayangi.
Menjelang umurku 29thn pada tahun lepas Allah telah membukakan mata dan hatiku untuk bercinta semula dan mengenali apa erti cinta sebenar. Tapi aku sebagai manusia biasa takkan lepas dari melakukan kesalahan di atas sikap bodohku yang mudah mengasihani orang walaupun aku tak pernah menyintai mereka. Ya aku memang zalim. Zalim kepada org lain dan zalim dgn diriku sendiri. Dan kini tiada apa yg perlu dikesalkan lagi. Orang yang aku cintai telah pergi dari hidupku setelah mengetahui segala kesalahanku.
Aku tahu perbuatanku takkan boleh dimaafkan. Memang aku layak menerima semua ini. Kalau diturutkan hati hidupku tanpa dia takkan bererti apa2. Tapi aku amat berterima kasih padanya kerana telah menemukan aku dengan erti cinta sebenar. Barulah ku tahu begini rasanya bila benar2 bercinta. Sedangkan selama ini aku berkawa dengan lelaki hanya dasar sayang dan simpati. Kalau dikatakan perempuan yang tak tau diuntung akulah orangnya. Orang yang taktau bersyukur pun akulah orangnya. Silapku jua kerana tidak berterus terang tentang kedudukan sebenar sebelum ini. Aku buntu samada hendak berlaku jujur atau takut akan kehilangan dia dari hidupku. Aku khilaf. Selalu memilih jln yg salah dari dulu lagi. Kini dia telah pergi dr hidupku. Perlukah aku menyesal? Lumrah manusia memang aku patut menyesal. Tapi menangis airmata darah sekalipun dia tak mungkin akan kembali padaku. Hanya jika ada mukjizat dari Allah yang mengatakan jodoh kami berdua memang telah termaktub di LOH MAHFUZ. Entahlah tiada kekuatan dari diriku untuk mengatakan semua itu. Seandainya benar2 terjadi akulah orang yang paling bersyukur. Tapi jika tidak aku akan redha.
Apa yang penting aku harus berubah. Masih belum terlambat lagi untuk aku merubah diri ke pangkal jalan.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar.
Terima kasih atas segala yang telah diberikan.
Terima kasih atas cinta yang diberi.
Terima kasih atas segala kenangan suka duka masa bersama.
Maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran selama ini.
Dan maaf jua kerana tidak dapat memadamkan api cinta yang telah bersemi dan akan menyala dihati ini semenjak aku mengenali dirimu.
Hanya engkau satu2nya lelaki yang dapat menyakinkan aku tentang cinta.
Aku takkan lupa sumpah dan janjimu bahawa kau lebih rela hidup bertemankan kenangan…
Aku jua akan melakukannya.
Terima kasih atas segalanya…
-M.M.A.-

No comments:

Post a Comment