Wednesday, January 19, 2011

20 januari 2010...

Selamat pagi diari...
mungkin banyak yang engkau tak tahu apa yang aku tahu kan? xpelah buat sementara ni biarlah aku simpan dulu perkara ni sampai satu hari nanti. Benar kata orang, Allah menyayangi hambanya yang teraniaya. Setiap doa yang diminta dengan bersungguh hati tentu akan dimakbulkan. Dengan syarat hati mesti suci dan bersih dari berprasangka buruk pada orang yang kita kenal atau pun tak kenal. Kematangan seseorang bukan diukur dari umur tp cara pemikiran dan tahap kesabarannya. mungkin ada yang akan mencemuh atas apa yang aku katakan ini. tak semua orang dimuka bumi ini akan suka pada diri kita. biasalah perasaan dengki dan cemburu dan sakit hati adalah satu penyakit yang wajib ada pada setiap orang. Cuma bagaimana untuk mengawalnya kita kena belajar sendiri. Jangan kita mudah menilai seseorang hanya dengan penilaian dan gambaran yang orang lain ceritakan semata2. dan jangan sekali2 menggelarkan orang lain dengan nama2 yang buruk.. Dalam Quran pun dh tercatat macam tu kan.. aku nak tunjuk baik? tak lah.... memang aku tau aku tak baik. tapi sekurang2nya aku sedar yang aku memang tak baik. dari orang lain yang sangka dirinya baik tapi disebaliknya mempunyai sebuah hati yang terlalu busuk dari seekor bangkai. Astaghfirullah.... lebih baik muhasabah diri sendiri dari menilik apa salah dan silap orang lain kan. Allah tetap akan bersama orang yang bersabar dan sentiasa ingat padaNYA bukan kerana sesiapa. CINTAI ALLAH LEBIH BERMAKNA DARI MENYINTAI MANUSIA YANG MEMPUNYAI HATI YANG BERUBAH2....

Monday, January 17, 2011

18 Januari 2010...(2)

Hati ingin berbicara..
hatiku sering bertanya..
di mana hujung jalan derita..
bukannya dibibir tanpa sebarang kata...
Sejauh mana kau pergi seribu langkah ku mengejarmu...
seluruh pelusuk kan ku cari...

Ya Allah Ya Tuhanku aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana telah memberi kekuatan dan ketabahan hati padaku ini. Aku seperti tidak lagi mempunyai perasaan marah. malah aku lebih tenang berbanding masa lalu jika berhadapan dengan masalah. emm... cumanya Ya Allah hanya engkau mengetahui apa yang tersirat di lubuk hatiku ini. Dan tidak terjejas walau sedikit pun rasa cinta dan sayangku padanya malah semakin bertambah. semuanya kerana pertolonganMu Ya Allah.. Andainya aku membuat silap kau sedarkanlah diriku ini. Tapi jika aku benar, kau teguhkanlah hatiku dan tetapkanlah cintaku ini tanpa ada sebarang keraguan dan dugaan Ya Allah..
Berikanlah petunjukMU walau berpuluh kali pun padaku dan padanya Ya Allah.. semua yang bernama makhlukmu tentu saja pernah melakukan kesalahan samada disedari atau tidak sahaja. Hanya keegoan dan hasutan alam sekeliling yang mungkin akan membuatkan perkara tersebut tidak disedari. Bantulah hambaMU ini YA ALLAH........... amin ya rabbalalamiiinnnnn.....

18 Januari 2010...

Selamat tengahari wahai diariku tersayang...
mesti kau tertunggu-tunggu aku mengulit huruf2 dibadanmu ini untuk menulis tentang diriku hari ini kan?
aku pun tak tahu apa yang patut aku luahkan pada kau hari ini. kenapa aku rasa macam dah x pape? Hati berbunga? belum lagi. mungkin sebab layan  badan yang tak berapa nak sihat. macam demam tapi tak demam cuma lemah2 badan je kot. nampak lesu tapi ada terselit kegembiraan dalam hati. mungkin sebab semalam satu hari langsung aku tak menyentuh makanan. hanya air mineral je aku minum sebayak yang mungkin. bukan sengaja xnak makan masalahnya langsung tak terbukak seleraku bila memandang makanan. Apa pun kerja tetap aku lakukan dengan sempurna. Alhamdulillah malam tadi dapat gak aku tidur lebih dari sejam. mungkin sebab dapat bantal empuk kot. hehehe... tapi betul ke aku berdengkur? macam tak caye jer.. tapi mungkin sebab badan terlalu penat bila dah lama tak tido.... Apapun terima kasih banyak2 bantal empuk. Love u....!! emm... got to go. nak buat keje... nanti sambung lagi ye.....

PeNaWaR RiNdU...

Penawar rindu..
Padamu seorang,
Mengapa selalu semangatku dikau puja,
Penawar rindu padamu seorang.

Resah tak sanggup menanggung di jiwa,
Salah tak tahu kasih bermula,
Bermula peristiwa dalam ingatan kasih tercipta,

Penawar rindu padamu seorang..

Senyuman ku beri sungguh bermakna,
Tetapi sayang kau tak ketahui,
tak ketahui hingga merana meracun hati membawa diri..

Penawar rindu padamu seorang.....
-M.M.A-

Sunday, January 16, 2011

17 januari 2010...

Ya ALLAH Ya Tuhanku..... kenapa hatiku bercelaru pada saat ini? Pada zahirnya orang lihat macam aku ok. tapi pada dasarnya aku hilang arah Ya Allah..Aku langsung tak punya kekuatan. Walaupun mengadu padaMU hatiku sentiasa rasa lemah. Waktu tido pun aku langgar. cukuplah sekadar dapat memejamkan mata melepaskan letih mata. Tido yang sebenarnya? langsung tak kunikmati. Airmata tak pernah surut nak bertandang mengalir keluar dari anggota badanku Ya Allah. Aku tidak putus harapan cuma aku tak tahu mengapa aku harus menanggung seorang diri. Sedangkan orang lain boleh bersuka ria berkasih sayang tanpa memikirkan masalah. Apakah patut hukuman yang aku lalui ini Ya ALLAH.......... berikan aku petunjukMU untuk aku keluar dari situasi ini Ya Allah... Amiiiinnn......

16 Januari 2010...(2)

Diari... diari... betul ke aku dah nampak gemuk?
Nape diorang yang jumpa aku tadi sumer tegur cakap aku nampak makin berisi?
Hanya diari je yang tahu kan aku dah berapa hari  x makan?
Sesuap dua pun payah... emmm sebab tulah aku telah katakan dari dulu lagi.
kalau aku susah hati aku akan gemuk, tapi kalau aku senang hati kompom aku akan kurus. Pelik kan? terbalik dari orang lain.. dengan makan entah paper... tido pun hanya satu dua jam je ari2. kadang2 x tido langsung pn ada gak... macam dah jadi biasa lak. sekarang ni pun mata masih x ngantuk lagi. mungkin sebab tu agaknya badan aku nampak berisi. Lagi satu masalahnya tadi, masa gi kedai abg lan dah ar kena tegur pasal nampak berisi, masing2 bertanyakan soalan yang sama padaku yang aku sendiri tak ada jawapannya.
Mana 'M'? Mana 'M'? adduuuhhh.... hampir kelu xder jawapan nak jawab soalan tuh. Samapai kena blame dengan abg lan yang naik malu tuh. mana boleh tak tahu lak? mana dia? kol x dapat langsung? bertalu-talu lak tuh... Kak emmy just senyap jer kat belakang. aku xd jwpn cmner nak bg jwpn kan? emmmmm... ntah apa2 jwapan yang aku berikan tadi. heeemmmm... masa sampai patut lah semua orang pandang rupanya 'M' belum muncul lagi. Semua ingat aku datang bersamanya.. entahlah. Xder daya aku nak lakukan apa2 just bagi alasan nak amik nasi dah lapar. padahal x terbukak langsung selera walaupun slalunya akulah yang paling suka makan ulam2an kat situ. emmm Xperlah diari. Dah nasib badan. harap2 lepas ni xkan jadi macam nih lagi kan...
gudnite diari.. 
walaupun mata x mengantuk lagi....

Saturday, January 15, 2011

16 Januari 2010...

Wahai diariku yang setia. macamner nak gambarkan perasaan aku sekarang? seandainya kau boleh berbicara dan bertukar pendapat denganku semestinya aku boleh lepaskan segala yang aku rasa. nak kata marah? aku x marah padanya, cuma aku sedikit terkilan mengapa terlalu cepat dia menggantikan aku dengan orang lain. walaupun aku masih x pasti situasi sebenar sikit pun x luak rasa cinta dan sayang aku padanya. cumanya dalam masa aku menderita seorang diri dan di suruh mencari Tuhan dan aku telah cuba untuk berubah memohon ampun dan mengadu masalahku kepada ALLAH s.w.t. tapi dia pula mencari ketenangan dan perlindungan dr orang lain yang mungkin rapat dengannya selama ini. sungguh x terduga keputusan yang terburu-buru disertai dengan tindakan yang ku kira terburu juga. Patutkah ada seseorang disisinya dalam masa memikirkan tentang hubungan kami. hemmmm.... x slh berkawan tp kalau dh bercinta macamner nak patah balik nanti? Ya ALLAH......... tolonglah hambamu ini. Aku hanya insan kerdil disisiMU Ya ALLAH. takkan lepas dari membuat kesilapan dan kesalahan tapi perlu diberi peluang kedua untuk berubah. badanku perlu berehat tetapi dari semalam lagi aku memang x boleh nak lelapkan mata. hanya sejam je mataku lena.
Harapanku terlalu besar kerana tidak tergambar cintaku padanya. Tetapi tidak pula aku sanggup untuk menduakan MU Ya ALLAH. Berilah aku peluang untuk membuktikan padanya bahawa aku boleh berubah dan boleh menjadi seorang kawan, sahabat, kekasih dan seorang isteri yang baik. Sekarang ini xd siapa yang boleh memahami apa yang aku alami. aku berseorangan menghadapi semua ini. makan pun terpaksa itupun blh masuk sikit je. makanan yang masuk semuanya sama je. langsung tak berasa apa lagi. Bantulah aku Ya ALLAH..... amiiiinnnn.....

15 januari 2010

emm... ntah macamner nak ceritakan tentang perasaan hati hari ini. Sampai je kat tempat kj tetiba jer rasa sebak menyelubungi diri. Hampir roboh benteng pertahananku dan sekali sekala terbit jua setitis dua ketikaku berhadapan dengan rakan sekerja. akhirnya ketika aku mengambil wuduk aku lepaskan jua ia pergi bagai membuang pedih hati yang tetibe terbit di hati. namun begitu hanya sebentar cuma. sepanjang waktu bekerja fikiran dan hati langsung tidak tenteram. mengapakah ALLAH mendugaku sebegini rupa. mungkin kerana selama  ini aku telah lalai dan telah lama menduakan DIA dengan cinta yang sementara waktu. Namun tidak dapat aku nafikan perasaanku semakin hari semakin kuat merindui dirinya. walaupun bukan tujuanku untuk menduakan kasih pada Tuhan. Harap aku dapat bertahan selama2nya... amiiinnnn...

Friday, January 14, 2011

14 januari 2011.. (2)

Masihkah ada harapan lagi untukku? perlukah aku merayu atau biarkan saja takdir yang menentukan? entahlah...  sekarang ni adam haikal tengah demam. bila aku kol dia bertanya tentang daddy nya. apa alasan yang aku berikan? Daddy sibuk, banyak keje... senyap.... tp aku sebolehnya kalau pun dia menerima diriku biarlah kerana dia telah yakin denganku bukan kerana ada sebab lain.. biarlah hatinya penuh dgn keikhlasan dan segala kemarahannya telah padam dari hatinya.. tapi masihkah ada peluang untukku? hanya dia dan ALLAH sahaja yang ada jwpnnye... sekali dikatakan KUN FAYAKUN, maka tiada siapa yg boleh menafikannya... insyaallah......

14 januari 2011..

Emm xd pape pun yang menarik tentang aku hari nie. lepas pulang dari kerja aku terus mengemas rumah. penat betul rasanya. macam ni lah akibatnya kalau terlalu lama tak mengemas rumah. almaklum dh ada penumpang lain. en dan puan labah2... sakit2 badan jadinya tu pun baru je separuh rumah aku bersihkan. pinggang yg sakit sejak 12 januari makin sakit jadinya.. mintak2lah x jadi penyakit yang serius. rasa macam nak pitam tapi x pitam pun lagi. hehehe. penat sgt wat kj dh sampai kul 1pagi mcm ni pn mata x ngantuk lagi nih... hemmm nak buat apa lagi ye? nak ngemas lagi penat sgt dh badan... xpelah sambung esok jelah..

Thursday, January 13, 2011

13 januari 2011

Hari pertama di dunia baru. Aku bersyukur pada-Mu Ya ALLAH kerana telah membantu menyelesaikan masalah dan jalan buntu yang aku telah lalui. Hampir 10thn lamanya. Walaupun kesan daripadanya aku telah kehilangan seorang insan yang paling aku sayangi.
Menjelang umurku 29thn pada tahun lepas Allah telah membukakan mata dan hatiku untuk bercinta semula dan mengenali apa erti cinta sebenar. Tapi aku sebagai manusia biasa takkan lepas dari melakukan kesalahan di atas sikap bodohku yang mudah mengasihani orang walaupun aku tak pernah menyintai mereka. Ya aku memang zalim. Zalim kepada org lain dan zalim dgn diriku sendiri. Dan kini tiada apa yg perlu dikesalkan lagi. Orang yang aku cintai telah pergi dari hidupku setelah mengetahui segala kesalahanku.
Aku tahu perbuatanku takkan boleh dimaafkan. Memang aku layak menerima semua ini. Kalau diturutkan hati hidupku tanpa dia takkan bererti apa2. Tapi aku amat berterima kasih padanya kerana telah menemukan aku dengan erti cinta sebenar. Barulah ku tahu begini rasanya bila benar2 bercinta. Sedangkan selama ini aku berkawa dengan lelaki hanya dasar sayang dan simpati. Kalau dikatakan perempuan yang tak tau diuntung akulah orangnya. Orang yang taktau bersyukur pun akulah orangnya. Silapku jua kerana tidak berterus terang tentang kedudukan sebenar sebelum ini. Aku buntu samada hendak berlaku jujur atau takut akan kehilangan dia dari hidupku. Aku khilaf. Selalu memilih jln yg salah dari dulu lagi. Kini dia telah pergi dr hidupku. Perlukah aku menyesal? Lumrah manusia memang aku patut menyesal. Tapi menangis airmata darah sekalipun dia tak mungkin akan kembali padaku. Hanya jika ada mukjizat dari Allah yang mengatakan jodoh kami berdua memang telah termaktub di LOH MAHFUZ. Entahlah tiada kekuatan dari diriku untuk mengatakan semua itu. Seandainya benar2 terjadi akulah orang yang paling bersyukur. Tapi jika tidak aku akan redha.
Apa yang penting aku harus berubah. Masih belum terlambat lagi untuk aku merubah diri ke pangkal jalan.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar.
Terima kasih atas segala yang telah diberikan.
Terima kasih atas cinta yang diberi.
Terima kasih atas segala kenangan suka duka masa bersama.
Maaf atas segala kesalahan dan keterlanjuran selama ini.
Dan maaf jua kerana tidak dapat memadamkan api cinta yang telah bersemi dan akan menyala dihati ini semenjak aku mengenali dirimu.
Hanya engkau satu2nya lelaki yang dapat menyakinkan aku tentang cinta.
Aku takkan lupa sumpah dan janjimu bahawa kau lebih rela hidup bertemankan kenangan…
Aku jua akan melakukannya.
Terima kasih atas segalanya…
-M.M.A.-