Wednesday, January 19, 2011

20 januari 2010...

Selamat pagi diari...
mungkin banyak yang engkau tak tahu apa yang aku tahu kan? xpelah buat sementara ni biarlah aku simpan dulu perkara ni sampai satu hari nanti. Benar kata orang, Allah menyayangi hambanya yang teraniaya. Setiap doa yang diminta dengan bersungguh hati tentu akan dimakbulkan. Dengan syarat hati mesti suci dan bersih dari berprasangka buruk pada orang yang kita kenal atau pun tak kenal. Kematangan seseorang bukan diukur dari umur tp cara pemikiran dan tahap kesabarannya. mungkin ada yang akan mencemuh atas apa yang aku katakan ini. tak semua orang dimuka bumi ini akan suka pada diri kita. biasalah perasaan dengki dan cemburu dan sakit hati adalah satu penyakit yang wajib ada pada setiap orang. Cuma bagaimana untuk mengawalnya kita kena belajar sendiri. Jangan kita mudah menilai seseorang hanya dengan penilaian dan gambaran yang orang lain ceritakan semata2. dan jangan sekali2 menggelarkan orang lain dengan nama2 yang buruk.. Dalam Quran pun dh tercatat macam tu kan.. aku nak tunjuk baik? tak lah.... memang aku tau aku tak baik. tapi sekurang2nya aku sedar yang aku memang tak baik. dari orang lain yang sangka dirinya baik tapi disebaliknya mempunyai sebuah hati yang terlalu busuk dari seekor bangkai. Astaghfirullah.... lebih baik muhasabah diri sendiri dari menilik apa salah dan silap orang lain kan. Allah tetap akan bersama orang yang bersabar dan sentiasa ingat padaNYA bukan kerana sesiapa. CINTAI ALLAH LEBIH BERMAKNA DARI MENYINTAI MANUSIA YANG MEMPUNYAI HATI YANG BERUBAH2....

Monday, January 17, 2011

18 Januari 2010...(2)

Hati ingin berbicara..
hatiku sering bertanya..
di mana hujung jalan derita..
bukannya dibibir tanpa sebarang kata...
Sejauh mana kau pergi seribu langkah ku mengejarmu...
seluruh pelusuk kan ku cari...

Ya Allah Ya Tuhanku aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana telah memberi kekuatan dan ketabahan hati padaku ini. Aku seperti tidak lagi mempunyai perasaan marah. malah aku lebih tenang berbanding masa lalu jika berhadapan dengan masalah. emm... cumanya Ya Allah hanya engkau mengetahui apa yang tersirat di lubuk hatiku ini. Dan tidak terjejas walau sedikit pun rasa cinta dan sayangku padanya malah semakin bertambah. semuanya kerana pertolonganMu Ya Allah.. Andainya aku membuat silap kau sedarkanlah diriku ini. Tapi jika aku benar, kau teguhkanlah hatiku dan tetapkanlah cintaku ini tanpa ada sebarang keraguan dan dugaan Ya Allah..
Berikanlah petunjukMU walau berpuluh kali pun padaku dan padanya Ya Allah.. semua yang bernama makhlukmu tentu saja pernah melakukan kesalahan samada disedari atau tidak sahaja. Hanya keegoan dan hasutan alam sekeliling yang mungkin akan membuatkan perkara tersebut tidak disedari. Bantulah hambaMU ini YA ALLAH........... amin ya rabbalalamiiinnnnn.....

18 Januari 2010...

Selamat tengahari wahai diariku tersayang...
mesti kau tertunggu-tunggu aku mengulit huruf2 dibadanmu ini untuk menulis tentang diriku hari ini kan?
aku pun tak tahu apa yang patut aku luahkan pada kau hari ini. kenapa aku rasa macam dah x pape? Hati berbunga? belum lagi. mungkin sebab layan  badan yang tak berapa nak sihat. macam demam tapi tak demam cuma lemah2 badan je kot. nampak lesu tapi ada terselit kegembiraan dalam hati. mungkin sebab semalam satu hari langsung aku tak menyentuh makanan. hanya air mineral je aku minum sebayak yang mungkin. bukan sengaja xnak makan masalahnya langsung tak terbukak seleraku bila memandang makanan. Apa pun kerja tetap aku lakukan dengan sempurna. Alhamdulillah malam tadi dapat gak aku tidur lebih dari sejam. mungkin sebab dapat bantal empuk kot. hehehe... tapi betul ke aku berdengkur? macam tak caye jer.. tapi mungkin sebab badan terlalu penat bila dah lama tak tido.... Apapun terima kasih banyak2 bantal empuk. Love u....!! emm... got to go. nak buat keje... nanti sambung lagi ye.....

PeNaWaR RiNdU...

Penawar rindu..
Padamu seorang,
Mengapa selalu semangatku dikau puja,
Penawar rindu padamu seorang.

Resah tak sanggup menanggung di jiwa,
Salah tak tahu kasih bermula,
Bermula peristiwa dalam ingatan kasih tercipta,

Penawar rindu padamu seorang..

Senyuman ku beri sungguh bermakna,
Tetapi sayang kau tak ketahui,
tak ketahui hingga merana meracun hati membawa diri..

Penawar rindu padamu seorang.....
-M.M.A-

Sunday, January 16, 2011

17 januari 2010...

Ya ALLAH Ya Tuhanku..... kenapa hatiku bercelaru pada saat ini? Pada zahirnya orang lihat macam aku ok. tapi pada dasarnya aku hilang arah Ya Allah..Aku langsung tak punya kekuatan. Walaupun mengadu padaMU hatiku sentiasa rasa lemah. Waktu tido pun aku langgar. cukuplah sekadar dapat memejamkan mata melepaskan letih mata. Tido yang sebenarnya? langsung tak kunikmati. Airmata tak pernah surut nak bertandang mengalir keluar dari anggota badanku Ya Allah. Aku tidak putus harapan cuma aku tak tahu mengapa aku harus menanggung seorang diri. Sedangkan orang lain boleh bersuka ria berkasih sayang tanpa memikirkan masalah. Apakah patut hukuman yang aku lalui ini Ya ALLAH.......... berikan aku petunjukMU untuk aku keluar dari situasi ini Ya Allah... Amiiiinnn......

16 Januari 2010...(2)

Diari... diari... betul ke aku dah nampak gemuk?
Nape diorang yang jumpa aku tadi sumer tegur cakap aku nampak makin berisi?
Hanya diari je yang tahu kan aku dah berapa hari  x makan?
Sesuap dua pun payah... emmm sebab tulah aku telah katakan dari dulu lagi.
kalau aku susah hati aku akan gemuk, tapi kalau aku senang hati kompom aku akan kurus. Pelik kan? terbalik dari orang lain.. dengan makan entah paper... tido pun hanya satu dua jam je ari2. kadang2 x tido langsung pn ada gak... macam dah jadi biasa lak. sekarang ni pun mata masih x ngantuk lagi. mungkin sebab tu agaknya badan aku nampak berisi. Lagi satu masalahnya tadi, masa gi kedai abg lan dah ar kena tegur pasal nampak berisi, masing2 bertanyakan soalan yang sama padaku yang aku sendiri tak ada jawapannya.
Mana 'M'? Mana 'M'? adduuuhhh.... hampir kelu xder jawapan nak jawab soalan tuh. Samapai kena blame dengan abg lan yang naik malu tuh. mana boleh tak tahu lak? mana dia? kol x dapat langsung? bertalu-talu lak tuh... Kak emmy just senyap jer kat belakang. aku xd jwpn cmner nak bg jwpn kan? emmmmm... ntah apa2 jwapan yang aku berikan tadi. heeemmmm... masa sampai patut lah semua orang pandang rupanya 'M' belum muncul lagi. Semua ingat aku datang bersamanya.. entahlah. Xder daya aku nak lakukan apa2 just bagi alasan nak amik nasi dah lapar. padahal x terbukak langsung selera walaupun slalunya akulah yang paling suka makan ulam2an kat situ. emmm Xperlah diari. Dah nasib badan. harap2 lepas ni xkan jadi macam nih lagi kan...
gudnite diari.. 
walaupun mata x mengantuk lagi....

Saturday, January 15, 2011

16 Januari 2010...

Wahai diariku yang setia. macamner nak gambarkan perasaan aku sekarang? seandainya kau boleh berbicara dan bertukar pendapat denganku semestinya aku boleh lepaskan segala yang aku rasa. nak kata marah? aku x marah padanya, cuma aku sedikit terkilan mengapa terlalu cepat dia menggantikan aku dengan orang lain. walaupun aku masih x pasti situasi sebenar sikit pun x luak rasa cinta dan sayang aku padanya. cumanya dalam masa aku menderita seorang diri dan di suruh mencari Tuhan dan aku telah cuba untuk berubah memohon ampun dan mengadu masalahku kepada ALLAH s.w.t. tapi dia pula mencari ketenangan dan perlindungan dr orang lain yang mungkin rapat dengannya selama ini. sungguh x terduga keputusan yang terburu-buru disertai dengan tindakan yang ku kira terburu juga. Patutkah ada seseorang disisinya dalam masa memikirkan tentang hubungan kami. hemmmm.... x slh berkawan tp kalau dh bercinta macamner nak patah balik nanti? Ya ALLAH......... tolonglah hambamu ini. Aku hanya insan kerdil disisiMU Ya ALLAH. takkan lepas dari membuat kesilapan dan kesalahan tapi perlu diberi peluang kedua untuk berubah. badanku perlu berehat tetapi dari semalam lagi aku memang x boleh nak lelapkan mata. hanya sejam je mataku lena.
Harapanku terlalu besar kerana tidak tergambar cintaku padanya. Tetapi tidak pula aku sanggup untuk menduakan MU Ya ALLAH. Berilah aku peluang untuk membuktikan padanya bahawa aku boleh berubah dan boleh menjadi seorang kawan, sahabat, kekasih dan seorang isteri yang baik. Sekarang ini xd siapa yang boleh memahami apa yang aku alami. aku berseorangan menghadapi semua ini. makan pun terpaksa itupun blh masuk sikit je. makanan yang masuk semuanya sama je. langsung tak berasa apa lagi. Bantulah aku Ya ALLAH..... amiiiinnnn.....