Saturday, January 15, 2011

16 Januari 2010...

Wahai diariku yang setia. macamner nak gambarkan perasaan aku sekarang? seandainya kau boleh berbicara dan bertukar pendapat denganku semestinya aku boleh lepaskan segala yang aku rasa. nak kata marah? aku x marah padanya, cuma aku sedikit terkilan mengapa terlalu cepat dia menggantikan aku dengan orang lain. walaupun aku masih x pasti situasi sebenar sikit pun x luak rasa cinta dan sayang aku padanya. cumanya dalam masa aku menderita seorang diri dan di suruh mencari Tuhan dan aku telah cuba untuk berubah memohon ampun dan mengadu masalahku kepada ALLAH s.w.t. tapi dia pula mencari ketenangan dan perlindungan dr orang lain yang mungkin rapat dengannya selama ini. sungguh x terduga keputusan yang terburu-buru disertai dengan tindakan yang ku kira terburu juga. Patutkah ada seseorang disisinya dalam masa memikirkan tentang hubungan kami. hemmmm.... x slh berkawan tp kalau dh bercinta macamner nak patah balik nanti? Ya ALLAH......... tolonglah hambamu ini. Aku hanya insan kerdil disisiMU Ya ALLAH. takkan lepas dari membuat kesilapan dan kesalahan tapi perlu diberi peluang kedua untuk berubah. badanku perlu berehat tetapi dari semalam lagi aku memang x boleh nak lelapkan mata. hanya sejam je mataku lena.
Harapanku terlalu besar kerana tidak tergambar cintaku padanya. Tetapi tidak pula aku sanggup untuk menduakan MU Ya ALLAH. Berilah aku peluang untuk membuktikan padanya bahawa aku boleh berubah dan boleh menjadi seorang kawan, sahabat, kekasih dan seorang isteri yang baik. Sekarang ini xd siapa yang boleh memahami apa yang aku alami. aku berseorangan menghadapi semua ini. makan pun terpaksa itupun blh masuk sikit je. makanan yang masuk semuanya sama je. langsung tak berasa apa lagi. Bantulah aku Ya ALLAH..... amiiiinnnn.....

No comments:

Post a Comment